KHAIRAT MYKASIH JENAZAH

Khairat MyKasih Jenazah
Khairat MyKasih Jenazah menyediakan khidmat pengurusan jenazah yang lengkap bagi rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam. Pakej ini memberi perlindungan buat peserta, pasangan dan 2 orang anak

urus Jenazah MyKasih meliputi :
- Khidmat nasihat kepada waris
- Khidmat nasihat proses dokumentasi
- Pengangkutan
- Memandikan Jenazah
- Solat Jenazah
- Pengkebumian
- Bacaan tahlil dan talkin
Sertai Sekarang!
Ringankan bebanan yang bakal ditanggung oleh ahli waris dengan menyediakan keperluan untuk mereka menghadapi kemudian hari dengan sumbangan serendah hanya RM60.00 setahun.
PAKEJ aqiq kasih
PAKEJ mutiara kasih
PAKEJ ZAMRUD KASIH
PAKEJ INTAN KASIH
PAKEJ BERLIAN KASIH
SKIM SAKINAH
Soal Lazim (FAQ)
Umur minima peserta adalah 18 tahun dan umur maksima adalah 65 tahun.
Pakej ini melindungi peserta, seorang pasangan dan mana-mana 2 orang anak yang masih belajar dan berumur 6 bulan hingga 17 tahun.
Ya. Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Wang peruntukan Badal Haji akan diberikan sepenuhnya kepada waris.
Perlindungan bermula 30 hari selepas permohonan diluluskan. Tempoh keahlian dalah dalam tempoh setahun dari tarikh kelulusan. Bagi peserta dengan sakit sedia ada, adalah tertakluk kepada tempoh menunggun selama 60 hari. Status pemohonan baharu boleh disemak di www.mykasihjenazah.com.
Ana hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan melalui portal www.mykasihjenazah.com atau hubungi wakil kami yang tedekat.
Pihak waris boleh memaklumkan semasa membuat panggilan telefon. Pihak MKJ akan memberikan wang tunai segera kepada pihak waris di hari kematian dalam tempoh 24 jam.
Pihak waris perlu menampung lebihan kos tersebut. Walaubagaimanapun, perbincangan boleh dilakukan agar perbelanjaan tambahan tidak membebankan waris.
Sila layari www.mykasihjenazah.com atau hubungi wakil kami yang terdekat. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau secara online menerusi akaun DAR KASIH SDN. BHD. di Maybank 562142430643. (Sila hantar slip transaksi untuk poengesahan bayaran dan resit).
- Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
- Had umur mendaftar untuk dewasa adalah 18 tahun hingga 65 tahun.
- Bagi peserta yang menyertai sebelum berumur 55 tahun layak membuat pembaharuan sehingga umur 80 tahun.
- Pasangan yang sah adalah dilindungi secara automatik. Terhad kepada seorang pasangan yang dinamakan sahaja.
- Semua anak yang berumur 06 bulan hingga 17 tahun adalah layak mendapat manfaat secara automatik di bawah keahlian ibu/ayah. Terhad kepada dua kematian anak mana-mana yang terdahulu.
- Kadar bayaran dan pakej adalah seperti yang terdapat di laman sesawang mykasihjenazah.com
- Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau secara online kepada mana-mana akaun yang ditentukan oleh Dar Kasih Sdn Bhd (anak syarikat Dar Al Istithmar Sdn Bhd.). Sila kemukakan resit transaksi kepada pihak pengurusan Khairat MyKasih Jenazah sebagai bukti bayaran dan resit.
- Khairat MyKasih Jenazah tidak akan bertanggungjawab ke atas pembayaran yang dibuat kepada akaun selain Dar Kasih Sdn Bhd atau Dar al Istithmar Sdn Bhd dan tanpa mengemukakan bukti bayaran.
- Setiap keahlian yang berjaya akan diberikan resit penerimaan sebagai bukti pendaftaran. Sila hubungi kami jika tidak menerima resit.
- Tempoh keahlian adalah selama setahun bermula dari tarikh efektif. Tarikh efektif boleh disemak pada kad keahlian maya.
Perlindungan bermula 30 hari selepas permohonan diluluskan. - Bagi peserta dengan sakit sedia ada, adalah tertakluk kepada tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permohonan diluluskan.
- Sekiranya peserta meninggal dunia di dalam tempoh menunggu, wang sumbangan peserta akan dikembalikan sepenuhnya kepada waris.
- Kad Keahlian maya boleh disemak secara online selepas 30 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran berjaya.
- Pihak Khairat MyKasih Jenazah berhak menolak sebarang permohonan / pendaftaran tanpa sebarang notis / makluman.
- Pihak Khairat MyKasih Jenazah berhak mengubah, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada syarat dan peraturan ini tanpa sebarang notis semasa permohonan pembaharuan keahlian.
- Bagi tuntutan segera semasa hari kematian, waris boleh menelefon terus ke talian bebas tol 1-800-88-7077 atau mesej ke 011-55013537 atau melalui wakil Khairat MyKasih Jenazah terdekat.
- Pihak waris perlu mengemukakan bukti salinan sijil kematian atau permit pengkuburan dan bukti hubungan keluarga dengan si mati, semasa membuat laporan kematian.
- Sekiranya waris memilih untuk menguruskan sendiri jenazah atau diuruskan oleh pengurusan kariah surau/masjid tempatan, pihak Khairat MyKasih Jenazah akan memberikan pendahuluan wang tunai RM1000.00 atau RM1500.00 dalam tempoh 24jam bergantung kepada pakej yang disertai.
- Manfaat selain daripada pengurusan jenazah hanya dilaksanakan dalam tempoh 45 – 60 hari bekerja selepas semua dokumen lengkap seperti laporan polis, laporan perubatan dan sebagainya dikemukakan oleh waris.
Perkhidmatan pengurusan Jenazah Lengkap Khairat MyKasih Jenazah yang diberikan adalah seperti berikut :-
- Khidmat nasihat kepada waris.
- Membantu waris bagi proses dokumentasi kematian jika diperlukan.
- Pengangkutan Jenazah dari tempat kematian ke hospital, rumah, masjid/surau dan tanah perkuburan.
- Memandikan jenazah.
- Mengkafankan jenazah.
- Solat jenazah.
- Pengkebumian jenazah
- Menyantuni dan menjaga kehormatan jenazah sepanjang masa ianya diuruskan.
Dar Kasih Sdn Bhd berhak untuk menguruskan dan mentadbir manfaat yang telah dinyatakan dalam pakej/skim yang telah disertai dan disetujui oleh peserta semasa permohonan.
Dikeluarkan oleh :
Khairat MyKasih Jenazah
c/o Dar Kasih Sdn Bhd
(Ahli kumpulan Dar al Istithmar Sdn Bhd)
www.mykasihjenazah.com