Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar – Penasihat Kehormat Khairat MyKasih
Setiap fasa kehidupan ada segmen tersendiri bermula daripada kelahiran sehingga kematian. Segmen-segmen ini melahirkan asas keperluan dalam pelbagai bidang ilmu melibatkan sosioekonomi manusia sesuai dengan keperluan kehidupan seperti bidang kewangan, kedoktoran, ekonomi, kehakiman, kejuruteraan, sains dan matematik, sejarah, kebudayaan, telekomunikasi, astronomi, arkeoloji dan lain-lain.
Selaras keperluan semasa, bidang-bidang ini berkembang pesat mewujudkan pelbagai institusi, sekolah dan universiti, perbankan dan kewangan, Zakat, Tabung Haji, Baitul Mal, Bursa Saham, Amanah Saham, dan lainnya. Institusi membentuk satu bentuk sistem yang tersusun dan kemas bagi membolehkan kelompok masyarakat dapat capaian perkhidmatan yang diberikan secara sistematik, cekap lagi meyakinkan.
Khairat MyKasih memulakan langkah kearah pengurusan jenazah ke tahap institusi.
- Memperkasa perkhidmatan
- Mempelopori perkhidmatan berpusat
- Menyantuni waris

JENAZAH DIMULIAKAN, WARIS DISANTUNI.
Semua jenazah tanpa kira agama perlu dimuliakan pada hari akhir kehidupan mereka. Memuliakan jenazah adalah satu tuntutan dalam mana-mana agama dan patut diuruskan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sempurna. Memuliakan jenazah bererti berterima kasih di atas sumbangan mereka semasa hidup samada kepada keluarga mahupun masyarakat sekeliling.
Semasa kematian, kebiasaannya ramai waris keliru dan bingung tanpa mendapat nasihat yang boleh mengurangkan tekanan dan bebanan untuk menguruskan jenazah. Perkhidmatan ini membolehkan waris berasa disantuni dan tiada kebimbangan kerana ada pihak ketiga yang akan mengemudi proses pengkebumian. Waris dapat ketenangan dan kelegaan disamping dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan si mati.
Program ini direka khas bagi menggalakkan masyarakat Islam khususnya, sentiasa bersedia menghadapi hari kematian yang boleh datang pada bila-bila masa. Program ini juga menyediakan kemudahan dokumentasi kematian dan pengurusan jenazah secara teratur. Khairat MyKasih komited dalam meringankan beban waris yang sedang bersedih daripada kesulitan dengan menyediakan wang/bayaran untuk urusan penyempurnaan jenazah selain enggalakkan peserta untuk beramal dan menyertai program melalui konsep tabarru’.
