AMANAH iPUSAKA

Amanah iPusaka
Produk ini tujuan utamanya membantu benefisiari dan waris selepas kematian pelanggan bagi menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka pelanggan kelak melalui Tabung Amanah yang diperolehi apabila berlaku kematian kepada Pelanggan kelak.
Apakah Amanah
Bahasa : Kepercayaan atau Tanggungjawab
Istilah :
1. Tanggungjawab Fidusiari: Dalam konteks undang-undang, amanah merujuk kepada tanggungjawab fidusiari (hubungan yang berasaskan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi d mana satu pihak) di mana seseorang (pemegang amanah) diberi tanggungjawab untuk menguruskan aset atau hak milik bagi pihak orang lain (benefisiari). Pemegang Amanah harus menjalankan tugasnya dengan setia, jujur dan mengutamakan kepentingan benefiasiari.
2. Pengurusan Aset: Amanah juga merujuk kepada satu instrumen undang-undang di mana aset atau harta diserahkan kepada Pemegang Amanah untuk diuruskan bagi manfaat benefisiari. Ini termasuk Amanah Persendirian, Amanah Keluarga, dan Amanah Kebajikan.
Kelayakan Pelanggan
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas dan maksima 79 tahun.
- Yang berkelayakan serta berkemampuan untuk menyediakan dan membuat bayaran secara bulanan/tahunan secara e-mandate.

Bolehkah pelanggan yang mempunyai penyakit sedia ada mendaftar produk ini?
Boleh, dengan syarat hanya pelan Tabung Amanah RM20,000, RM40,000 dan RM60,000 sahaja dibenarkan.

Konsep Produk

Kelebihan Konsep
Amanah Produk

Bayaran Bulanan atau Tahunan yang dibayar Pelanggan adalah Harta Amanah sepertimana di dalam Surat lkatan Amanah

Harta Amanah ini akan dipegang dan dilindungi oleh Takaful lkhlas

Melalui Harta Amanah ini juga, pelanggan akan memperolehi sejumlah Tabung Amanah sepertimana pilihan Pakej yang telah dipilih oleh Pelanggan
Kelebihan Produk
Amanah iPusaka

Harta Amanah ini bukanlah harta pusaka dan ditadbir sepertimana di dalam SIA yang ditetapkan.

Memberi manfaat Tabung Amanah kepada pelanggan sehingga RM200,000 apabila berlaku kematian kelak untuk menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka pelanggan. Baki Tabung Amanah boleh menyelesaikan Hutang Piutang/ Amal Jariah pelanggan dan/atau diberi secara Amanah kepada Penerima / Benefisiari.

Terma dan syarat peramanahan telah ditetapkan melalui Surat lkatan Amanah yang mana RTB sebagai Pemegang Amanah produk ini dan melaksanakanTerma & Syarat sepertimana Surat lkatan Amanah.

Produk ini akan menggunapakai bayaran secara bulanan / tahunan melalui Arahan Tetap Bank (bank-bank yang terpilih) / emandate secara bu la nan bagi memudahkan Pelanggan.

Bayaran secara bulanan yang tidak membebankan dan memberi pilihan bayaran serendah RM20 sebulan kepada Pelanggan atau Tahunan serendah RM240 setahun tanpa mengikut UMUR. Bayaran adalah sama dan tetap tanpa mengikut umur sehingga maksima 79 tahun.

Produk ini akan mendapat pengecualian cukai pendapatan kepada individu sehingga 50% daripada jumlah bayaran bulanan / setahun tertakluk kepada Terma & Syarat.
Pakej Tabung Amanah
Amanah iPusaka Standard
Amanah iPusaka Premium (Percuma Wasiat)
Amanah iPusaka + Wasiat (Kombo)
* Langganan Pakej Kombo adalah minima 60 bulan atau 5 tahun dan baki bayaran wasiat akan dituntut sewaktu pelaksanaan pentadbiran harta pusaka sekiranya tempoh langganan tidak mencukupi.
Pilihan Pakej
Amanah iPusaka Standard
Amanah iPusaka Premium (Percuma Wasiat)
Amanah iPusaka + Wasiat (Kombo)
Dapatkan Info Lanjut Sekarang!
Sila lengkapkan borang berikut dan wakil kami akan menghubungi anda semula dalam masa terdekat.
